Bahasa Rojak
July 26, 2007 by haziamyperspective
I saw the news below in Berita Harian today. Good point! I have to admit that I am one of those guilty ones. LOL!
Orang Melayu kini lebih menjurus guna istilah Inggeris untuk berfikir
SEMINAR Bahasa Rojak: Kecelaruan Penggunaan Bahasa Melayu di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, baru-baru ini, melakukan bedah siasat pemikiran terhadap gejala penggunaan bahasa rojak yang dianggap sudah bercelaru di kalangan masyarakat pengguna bahasa Malaysia negara ini.
Seminar anjuran bersama DBP dan Persatuan Bahasa Moden Malaysia (PBMM) itu turut menyelami penggunaan bahasa rojak daripada aspek pemikiran, sekali gus menyelongkar kerangka pemikiran penutur bahasa berkenaan sehingga mereka sanggup menggunakannya secara berleluasa.
Ketua Eksekutif, Yayasan Karyawan, Datuk Dr Hassan Ahmad, menganggap kecelaruan penggunaan bahasa Malaysia disebabkan orang Melayu sudah tidak berfikir dalam bahasanya sendiri, sebaliknya menggunakan bahasa kedua, terutama bahasa Inggeris sebagai ‘bahasa fikiran’.
“Alasan saya berdasarkan teori bahawa bahasa bukan hanya sistem linguistik, bahkan melambangkan pemikiran Melayu yang menjadi cermin budaya seperti bahasa Inggeris mewakili pemikiran pengucap asli bahasa itu dan ini tergambar dalam sistem, struktur serta kata-kata dalam budaya mereka.
“Berpegang kepada pandangan mentalist mengenai bahasa, orang Melayu yang pandai menggunakan bahasanya, mampu berfikir secara kreatif dan luar biasa seperti berfikir melalui metafora dan mencipta pepatah, peribahasa serta pantun indah, puitis dan betul tatabahasanya,” katanya ketika membentangkan kertas kerja Kecelaruan Bahasa Melayu dari Faktor Dalaman.
Ini berbeza dengan realiti hari ini, kerana hakikat empirikal menunjukkan bahawa kecelaruan dalam penggunaan bahasa banyak dilakukan oleh orang Melayu yang mengetahui bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.
For full news: Download berita_harian_sastera_26_july_07.jpg
